Baru-baru
ini saya dihujani dengan persoalan mampukah menyusu kembali setelah berbulan -
bulan bagi susu formula pada anak. Seorang rakan saya juga mengadu yang susunya
kering selepas berpantang dan risau kerana dia dah kembali bekerja tetapi susu
masih juga tak banyak. Ibu- ibu ini teringin sangat menyusukan sepenuhnya
anaknya . Rasa terharu pun ada dengar luahan hati mereka ini. Ini kerana saya
juga menjadi salah seorang di antara mereka pada suatu ketika dahulu semasa
melahirkan anak pertama dahulu.
Jikalau tiada preparation tentang ilmu menyusu sebelum bersalin memang akan
menjadi masalah. Seperti
sayalah contoh terdekat,selepas pantang barulah saya beli pam,barula godek2
internet cari cara untuk mengepam, menyusu, cara simpan susu..Agak
terlambat.Akhirnya bercampurlah dengan susu formula.Kesian kat
anakku..Huk2….Disangkakan apabila lahirnya anak automatik susu akan
banyak..oooo...TIDAK...tidak semua ibu dianugerahkan susu yang melimpah ruah...
Itulahh..nak menyusu badan sepenuhnyaa tapi tidak menuntut ilmu yang cukup
begitulah jadinya..Huhu..
Jom kita kaji apakah itu RELAKTASI?? Dan bolehkan
rakan-rakan saya mengembalikan susu badannya?
Disini saya kongsikan artikel tentang RELAKTASI daripada blog Suraya Lunatots (LC)
Relaktasi
ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau
kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama
beberapa minggu atau bulan.
Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh
menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak,
perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak
selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.
Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
- Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
- Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya
menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu
formula)
Secara
keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di
atas.
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi
tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi
mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif
ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan
sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang
anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan
susu yang banyak.
Umur Bayi
Semakin
muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi
perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk
penghasilan susu.
•
Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung
penyusuan
•
Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
•
Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk
berikutan
applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik
baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai
anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara
eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai
daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan
bekalan susu mereka.
Dalam kes
saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang
cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu
‘backup’ dengan susu formula.
Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
- Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk
sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru
puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
- Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan
pengepaman
- serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk
mengelakkan kes seperti puting luka.
- Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
- Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi
bayi selang 2 jam sekali
- Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada
satu payudara
- Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu
menyusu
- Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan
bayi (Nota:
Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara
dikosongkan dengan berkesan)
- Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6
pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
- Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat,
berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba
sambung dengan menawarkan payudara semula.
- Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana
payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
- Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara
terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok
semasa ibu memulakan bekerja nanti.
- Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz –
18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)
Pengamalan Kangaroo Care semasa proses
relaktasi
- Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit
ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
- Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen,
membaca majalah mahupun tidur)
- Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti
pouch atau kain batikTiada had waktu maksima untuk kangaroo care
- Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan
pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan
bayi dengan bau ibunya.
- Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana
secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.
Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
- Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
- Sentiasa bertenang
- Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
- Minum 8 gelas air sehari
Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang
terhasil akan bergantung kepada :
- Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on)
yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak
mana mana sesi penyusuan
- Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam
membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus
daripada bayi lebih berkesan.
- Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar
respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan
susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
- Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang
minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi
hari.
- Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6
lampin basah sehari.
- Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin
kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
- Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.
Alternatif lain?
Terdapat
beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu.
Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara
langsung dan pengepaman yang berkesan.
- Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak
putih, oat, minuman horlicks.
- Suplemen herba seperti halba
- Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah
preskripsi doktor
- Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula
dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
Nota Luna : Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif adalah TIDAK MUSTAHIL walaupun
bayi sudah diperkenalkan dengan susu formula.
So, TIDAK MUSTAHIL kan?? Sekiranya anda cekal berusaha, yakin, sabar,ikut tips2
yang diberi dan berdoa pada Allah, insya Allah ianya akan berhasil..Saya juga
pernah menjadi seperti anda..Dan sekarang menyambung kembali dan berhajat untuk
menyusu anak kedua sepenuhnya. Jika anda ingin berkongsi masalah
anda sangatlah dialu-alukan..Anda bertanya..insyaAllah saya akan menjawab
dengan secebis ilmu yang saya ada..
SUSU IBU ADALAH HAK MILIK SETIAP ANAK!!!!
Hubungi saya sekarang,
NOORUL HUDA
SID : 907174
sms : 0194645543